Ya Allah Ya Lathifu

Kekalkanlah kebaikan pada kami hingga hari kami bertemu Mu...

Wednesday 7 November 2012

siapa kamu

padi secara rasminya akan menundukkan dirinya bila berisi..

orang alim berilmu akan banyak berdiam diri, bahkan bila ditanya pun akan dijawab "tak tahu".

yang berjaya dan bebas merdeka,lebih senang dengan panggilan "HAMBA".

Ibarat..... INTAN mengaku diri hanya KACA.

Sunday 28 October 2012

Selepas cuti

Bermulalah aktiviti meniaga semula...

Semoga Allah merahmati pencarian rezeki ku ini...

Ramai orang kata kita kena bahagi sama berat antara dunia dan akhirat....50-50!

Tapi kita kebiasaannya kita bekerja 8 atau 10 jam sehari(dunia)..,maknanya kita kena beribadah 8 - 10 jam juga sehari(akhirat)....baru la 50-50.

hmmmm....

Tuesday 23 October 2012

Bismillah...

Dengan nama Allah jualah aku mulakan...setiap tindakan dan perlakuan,semoga mendapat keredhaan Ilahi.

Junjungan guru dan sandaran ku, Syeikh Dr Mahmoud Mrglani al Hussaini,semoga Allah meredhai beliau, sering berkata..

"doa itu intipati ibadah,maka berdoalah.."

Ya Allah...demi keagungan Saidina Wa Maulana Muhammad saw,kurniakanlah segala kebaikan kepada kami yang hidup di zaman ini,zaman yang diselimuti kelalaian dan buruk adap..kebencian dan keganasan,kafir mengkafir dan fitnah yg tiada pengakhiran..

Muliakanlah kami dengan cinta Sidnan Nabi,Penghulu segala anak keturunan Saidina Adam alaihi solatu wassalam, kekasih Mu, Nabi Mu , Rasul pilihan Mu, Saidina Maulana Muhammad saw.,serta bangkitkanlah kami nanti bersama dengan Baginda....

amin

amin

amin Ya robbal alamin...